Friday - Sunday
Firstly, thank you Lord for this year I still got the chance to attend the 'Retreat Penyembuhan Batin' at Kaingaran, Thank you so much as this year I got the chance to be with my brother, Terry, and my friends, as together, we had joined the retreat. (^^,)
All will be written in Malay, (^^,)
Kali ini merupakan kali ke-2 saya m'yertai retreat di Kaingaran... Tahun lalu, 2010, m'rupakan kali pertama.
Perasaan: campur2.. sangat gembira dan bersyukur (^^,)
Kawan2: Ni kali ramai kami, lau tahun lalu saya bersama-sama dgn, Jov dan c Thomas jak, ma madu sa pun ada, c Windut, walaupun kmi tidak sama2 satu kreta. ni kali lagi la... hehe, ada c Bum Bum, Bibi, Stefanus, Henny, Cholas, Sandro, dan ada adik saya Terry, kana pujuk2 da pigi juga akhirnya. (^^,)
Saya betul2 bersyukur kerna dapat menyertai retreat kali ini dengan hati yang terbuka. Retreat kali ini membuatkan saya sedar, kadang-kala apa yang saya mahu tidak semestinya yang terbaik untuk saya. Haha, bersyukur atas kesedaran ini. Saya betul-betul merasakan ketenangan apabila berada di sana. Berdoa, dan memuji Tuhan bersama-sama dengan rakan-rakan seiman adalah satu kesempatan yang jarang sekali dapat dilakukan.
Saya juga mengalami satu saat yang amat berharga pada malam adorasi... Terima kasih ya Bapa atas kehadiranMu. Betapa besarnya kasihMu ya Bapa, sehinggakan diriku merasakan kehadiranMu yang sungguh-sungguh hadir bersama-sama dengan kami. Bukan sahaja pada malam itu, namun setiap hari-hariku.
Terlalu banyak yang saya alami sepanjang berada di situ. Walaupun tiga hari, namun banyak yang saya belajar. Mau crita daa.. tapi biarlah disimpan dalam hati saja, hehe. (^^,)
Saya juga belajar apa itu maksud postulan, hehe..itu pula kana panggil tuk brother muda d stu...saya tertanya2 dri tahun lalu, akhirnya tahun ini saya tau, banyak lagi yang perlu saya belajar ni, ;)
Betapa besar kasihMu Bapa,
Setiap penyelengaraanMu di dalam hidupku
indah pada waktunya.
Engkau tidak pernah meninggalkanku,
walaupun sesaat.
Diri ini yang sering melupakanMu,
dan diri ini seringkali melakukan kesalahan,
Engkau terus setia menanti,
setiap masa Kasihmu menyelematkan diri ini.
Terima kasih ya Bapa.
Terima kasih atas segala-galanya.
ps: Thank You, (^^,)

No comments:
Post a Comment