Friday, 2 December 2011

Just Listen, you will know.

Perkongsian Clare:
Jangan pernah berhenti untuk berdoa kepadaNya, kerna Dia tidak pernah berhenti untuk memanggilmu. Walaupun kau sering melupakanNya, tetapi Dia tidak pernah melupakanmu, walaupun sesaat. Pasti dalam hidupmu, kau pernah merasakan yang diriMu tidak dipedulikan oleh sesiapa, masalah yang timbul dan menyakitkan hatimu, persoalan-persoalan tanpa henti dalam benak fikiranmu..., kau berdoa namun kau merasakan yang doamu tidak dijawab, janganlah berhenti kerna itu. Setialah dengan doamu.Bertekunlah. Yakinlah, Dia mendengarkan doamu. Setiap saat, setiap masa, setiap hari, Dia setia untuk mendengar doaMu. Jangan berhenti, kerna saat kau berputus asa, Bapa akan merasa sedih. Dia mengharapkan kau untuk sentiasa bersabar. Dia mengharapkan kau belajar akan erti kesabaran dalam doa. Kasih itu sabar...segala sesuatu yang terjadi sesungguhnya adalah indah pada waktuNya.


Saya akui, diri saya sendiri sering lupa untuk berdoa, walaupun sesaat... Namun, Dia sentiasa menyedarkanku, melalui rakan-rakan, saya berkesempatan untuk berdoa, melalui rakan-rakan saya belajar untuk bagaimana untuk berdoa dengan lebih sungguh. Saya beryukur atas persahabatan yang terjalin, kerna saya tahu, persahabatan ini juga merupakan salah satu penyelengaraan Bapa di dalam hidupku. Terima kasih ya Bapa untuk segala-galanya dalam hidupku. Terima kasih kerna memberikan saya keluarga yang indah. KasihMu tiada tandingannya. Engkau tidak pernah meninggalkan diriku, walaupun sesaat. Engkau sentiasa melakukan mukjizat kecil dalam hidupku. Terima kasih ya Bapa. Terima kasih.


Bapa mempunyai cara yang sungguh istimewa semasa menjawab persoalan-persoalan dalam hidupmu. Dia juga mempunyai cara yang lebih baik untuk menolongmu. Kadang-kala melalui orang-orang yang kau sayangi, ibu bapa, adik-adik, Paderi, para religious, rakan karib, sahabat handai, guru, ataupun melalui orang yang kau benci. Melalui mereka, persoalanmu akan dijawab. Melalui mereka, bantuan dihulurkan... Oleh itu, bertekunlah dalam doamu, sentiasa bersyukur atas sgalanya, luangkanlah waktu untuk mendengar dengan lebih sungguh... dengarlah dengan penuh perhatian, kerna kau akan mendapat jawapannya... (^^,)


Sincerely, from the bottom of my heart, kikikiki...

1 comment: