Monday, 13 February 2012

Dalam sejarah: Tangisan di hari Bubar!

Hati lapang tak terkata,
bibir mekar dengan senyuman.
Hari bubar tiba akhirnya,
mengubat satu penantian.

Secara rasminya pada 13 Februari 2012, 
Majlis Pembubaran JPP sesi 2011/2012 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau. 




Pembubaran ni merupakan kali kedua bagi saya, hehe... tapi jujur, majlis pembubaran kali ini beri impak yang sangat besar. Kenapa? Sebab banyak perkara yang tidak disangka berlaku sepanjang saya memegang jawatan sebagai Exco Kerohanian Moral (PGPM).
Saya bersyukur atas kerjasama yang diberikan  sepanjang saya berkhidmat.
Jujur, ada butir-butir halus yang berguguran bila tengok video yang cile buat. 
Macam mahu berpisah, padahal jumpa juga selalu, ^^ 

Hehe, sebenarnya saya masih lagi ada harapan untuk PGPM kita.

I still have something in my mind, mandak if you read this, i know you'll understand. ^^

Saya berdoa, sesiapa yang memegang jawatan ini nanti akan buat yang lebih baik. Amen.

Macam YDP kata, apa yang telah dilaksanakan harap diteruskan dan diperbaiki lagi.

Ucapan terima kasih untuk semua ahli JPP sesi 2011/2012.
'Gonna miss our moment together'
Thanks to my Pengerusi, Saudara Umar, 
yang kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi PGPI peringkat IPGKT. ^^
From the bottom of my heart, Luv u all. ~

1 comment: